2012年12月10日星期一

RANCANGAN  PENGAJARAN  HARIAN

Mata Pelajaran:Bahasa Malaysia Tahun 2
Kelas               :2K
Tema               :Dunia Sains
Tajuk               :Unit 30  Sains dan Hidupan
                         Haiwan dan Ciptaan Sains (Muka surat 135)
Masa               :30 minit

Standard Kandungan  :1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan
                                           tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang
                                           betul.
                                     2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang
                                           sesuai bagi memupuk minat membaca.
3.6  Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
        dengan menggunakan bahasa yang santun.

Standard Pembelajaran :1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan
                                                 yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat
                                                 majmuk.
                                        2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk
             menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran
             bacaan.
   3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul  
                                               menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat dengan
                                               menegaskan kesantunan berbahasa.

Di akhir pembelajran, murid dapat
a.    Bercerita semula tentang petikan yang dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan menggunkan ayat majmuk.  
b.    Membaca petikan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
c.    Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada bahan untuk memberi respons dengan betul.
d.    Menjawab soalan-soalan dengan menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran :

1.Set Induksi
a. Guru menayangkan gambar-gambar tentang teknik-teknik membajak sawah
    dari waktu ke waktu.
b. Guru bertanya kepada murid-murid.
      i.  Apakah yang dilakukan oleh pekebun ini?
          Mencangkul.
      ii. Apakah yang digunakan oleh pekebun ini untuk membajak sawah?
          Peralatan dan lembu.
      iii.Apakah yang digunakan oleh pekebun ini untuk membajak sawah padi?
          Peralatan dan kerbau.
      iv.Apakah yang digunakan oleh pekebun ini untuk membajak sawah padi?
         Traktor tangan dan traktor moden.
c. Guru memberi penerangan kepada murid-murid.
Membajak sawah adalah bertujuan untuk membalikkan tanah yang sudah ditumbuhi rumput dan cenderung keras. Lapisan tanah di bawahnya naik ke atas dan menjadi lebih empuk. Kegiatan membajak sawah mengalami banyak perubahan dari waktu ke waktu. Dahulu, membajak sawah hanya menggunakan kayu, batu dan benda-benda yang lebih keras pada masa pra sejarah dan nenek moyang kita. Selanjutnya proses membajak sawah menggunakan alat menggali dan mengempukan tanah, misalnya cangkul dan bajak. Kemudian berkembang lagi ke arah yang lebih moden, iaitu menggunakan haiwan sebagai alat menarik bajak seperti kuda, sapi, kerbau, unta, kambing dan gajah. Kini, semua proses membajak sawah sudah maju, iaitu menggunakan mesin traktor yang lebih cepat.

2.Guru menanya soalan-soalan, murid-murid menjawab soalan-soalan.
            i.  Apakah nama haiwan kecil ini?
                Ulat gonggok.
                Apakah ciptaan sains yang meniru bentuk ulat gonggok?
                Kereta api.
            ii. Apakah nama haiwan ini?
                Burung.
                Apakah ciptaan sains yang meniru bentuk burung?
                Kapal terbang.
            iii.Apakah nama haiwan ini?
                Kura-kura.
                Apakah ciptaan sains yang meniru bentuk kura-kura?
                Kereta perisai.

3.Guru memberi penerangan kepada murid-murid.
Penciptaan reka bentuk kereta api adalah berasaskan idea daripada ulat gonggok, penciptaan reka bentuk kapal terbang adalah berasaskan idea daripada burung dan  penciptaan reka bentuk kereta perisai  adalah berasaskan idea daripada kura-kura.

4.Guru membaca petikan ‘Haiwan dan Ciptaan Sains’.(Muka surat 135).
5.Murid-murid mendengar dengan teliti.
6.Murid-murid membaca petikan.
                        i. Murid-murid kumpulan 1 membaca perenggan 1.
                        ii.Murid-murid kumpulan 2 membaca perenggan 2.
                        iii.Murid-murid kumpulan 3 membaca perenggan 3.
7.Semua murid membaca petikan bersama-sama.
8.Murid-murid menjawab soalan-soalan.(Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
              i. Apakah ciptaan sains yang meniru bentuk ulat gonggok?
              ii.Bagaimanakah reka bentuk kereta api?
              iii.Apakah ciptaan sains yang meniru bentuk burung?
    iv.Apakah kebaikan kapal terbang?
              v.Apakah ciptaan sains yang meniru bentuk kura-kura?
     vi.Apakah keistimewaan kereta perisai?

Standard Prestasi                   : B5L1E1, B5L1E2, B5DT1E1, B5DB1E2
Elemen Merentas Kurikulum  : Keusahawan, Kreativiti  dan Inovasi serta Teknologi
            (EMK)                           Maklumat dan Komunikasi
Nilai                                         : Keberanian, kerjasama,  kerajinan, bertanggungjawab dan
  berterima kasih.
Kemahiran Bernilai Tambah   : 1.KB – Menghubungkaitkan dan menjanakan idea
                                                  2.KP – Verbal- linguistik dan interpersonal
                                                  3.BCB – Bacaan luncuran dan kemahiran menulis 
Bahan Bantu Belajar               : Buku teks dan Microsoft PowerPoint.

b) Pengetahuan
            Berdasarkan buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 (muka surat 135), pengetahuan kandungan yang didapati adalah seperti berikut:
      Kereta api dicipta mengikut bentuk ulat gonggok. Ulat gonggok mempunyai badan yang panjang dan kaki yang banyak. Kereta api juga mempunyai badan yang panjang dan roda yang banyak.
      Burung menjadi asas kepada penciptaan kapal terbang. Burung mempunyai sayap untuk terbang. Kapal terbang juga mempunyai sayap seperti burung. Kita dapat pergi ke sesuatu tempat yang jauh dengan menaiki kapal terbang.
      Kura-kura mempunyai kulit yang keras. Kulit kura-kura ini berupaya melindunginya daripada musuh. Kereta perisai tentera juga dicipta sama seperti kura-kura. Kereta perisai dapat melindungi tentera daripada serangan musuh.

Pengetahuan kandungan yang diserapkan daripada mata pelajaran Dunia Seni Visual dan Dunia Sains Dan Teknologi.  Penciptaan reka bentuk kereta api adalah berasaskan idea daripada ulat gonggok, penciptaan reka bentuk kapal terbang adalah berasaskan idea daripada burung dan  penciptaan reka bentuk kereta perisai  adalah berasaskan idea daripada kura-kura.

c) Kemahiran
Kemahiran spesifik yang hendak dicapai ialah kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Berikut adalah Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran bagi tajuk ‘Haiwan dan Ciptaan Sains’:

Standard Kandungan  :1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan
                                           tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang
                                           betul.
                                     2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang
                                           sesuai bagi memupuk minat membaca.
3.6  Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
        dengan menggunakan bahasa yang santun.

Standard Pembelajaran :1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan
                                                 yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat
                                                 majmuk.
                                        2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk
             menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran
             bacaan.
   3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul  
                                               menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat dengan
                                               menegaskan kesantunan berbahasa.

Standard Kandungan Kemahiran Bertutur menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekaan dalam kemahiran bertutur.
Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagi teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca.
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur dan kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard kandungan dan Standard Pembelajaran kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Contohnya:

Di akhir pembelajran, murid dapat
a.    Bercerita semula tentang petikan yang dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan menggunkan ayat majmuk.  
b.    Membaca petikan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
c.    Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada bahan untuk memberi respons dengan betul.
d.    Menjawab soalan-soalan dengan menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat.

Kemahiran lain yang digabungjalinkan ialah kemahiran menaakul. Kemahiran menaakul diberi penekaan dalam Kurikulum standard Rendah (KSSR). Kemahiran menaakul adalah salah satu kemahiran yang penting pada abad 21. Kemahiran menaakul menggalakan penerokaan dan penjanaan idea baru serta bersedia menghadapi cabaran. Kemahiran menaakul membolehkan murid berfikir dengan teliti dan fleksibel. Murid yang mempunyai kemahiran menaakul akan memiliki ciri-ciri seperti kritis, kreatif dan inovatif, berani dan bijak menyoal, ingin tahu, daya berfikir sendiri dan fleksibel, bekerjasama, mengambil risiko, berpandangan jauh serta membuat perbincangan.
            Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran menaakul perlu dilaksanakan secara terancang, menarik dan mencabar daya imaginasi murid. Oleh itu, guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu untuk meneroka sesuatu tajuk yang dipelajari dengan lebih mendalam. Antara teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan ialah melalui perbincangan dan bersoal jawab. Melalui teknik perbincangan dan soal jawab, guru dapat merangsang daya fikir murid. Berdasarkan tajuk ‘Haiwan dan Ciptaan Sains’, murid dapat menyatakan komputer riba dicipta mengikut bentuk buku melalui perbincangan dan bersoal jawab.

d) Nilai
            Penyerapan nilai murni dalam Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak lansung selaras dengan nilai-nilai sejagat. Antara nilai murni ialah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, patriotisme dan semangat bermasyarakat. Nilai-nilai murni unggul yang diterapkan dalam tajuk ‘Haiwan dan Ciptaan Sains’ ialah keberanian, kerjasama dan  kerajinan.

e) Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)  terdiri daripada Keusahawan, Kreativiti  dan Inovasi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi. EMK bagi pengajaran dan pembelajaran tajuk ‘Haiwan dan Ciptaan  Sians’ ialah Keusahawan serta Kreativiti dan Inovasi.
Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan untuk murid mengamalkan lima elemen keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka. Murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan dengan elemen keusahawanan dalam pelbagai disiplin ilmu akan mengamalkan tingkah laku yang terarah ke arah keusahawanan.
Mengikut Elemen Keusahawan 1, murid didorong mengamalkan sikap keusahawanan. Murid yang sentiasa menerima penerapan sikap-sikap keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan terdorong untuk mengamalkan sikap-sikap tersebut dalam kehidupan seharian sehingga menjadi budaya. Budaya yang terbentuk ini akan dapat membantu murid mempunyai tingkah laku yang dapat menentukan kejayaan dalam sebarang usaha ke arah keusahawanan di masa akan datang. Berikut adalah sikap keusahawanan yang ingin diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah bertanggungjawab terhadap keputusan, peka kepada peluang, berani mengambil risiko yang dianggarkan, daya kreativiti dan inovasi, fleksibiliti, keinginan kepada maklum balas segera, berorientasikan masa depan, kesanggupan belajar daripada kesilapan, berkeupayaan memimpin, berorientasikan pencapaian, berdaya tahan, bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi, daya ketabahan yang tinggi dan boleh membina jaringan sosial. Pedagogi pembentukan sikap keusahawanan melibatkan langkah-langkah seperti:
·         Bersoal jawab meminta pandangan murid;
·         Meminta murid berfikir dan mendapatkan jawapan terhadap sesuatu situasi;
·         Meminta murid membuat ulasan terhadap sesuatu isu yang berkaitan;
·         Memotivasikan murid untuk menjadi usahawan; dan
·         Mengamalkan sikap keusahawanan sebagai satu amalan harian sehingga menjadi budaya dalam kehidupan mereka.
Mengikut Elemen Keusahawan 2, murid didorong mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan. Seorang murid perlu sentiasa berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Ini akan membantu mereka mengenal pasti peluang-peluang dalam persekitaran, agar mereka boleh terus berjaya atau sekurang-kurangnya bertahan dalam usaha mereka. Elemen ini melibatkan sembilan langkah utama iaitu:
·         Amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan;
·         Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif;
·         Menghasilkan idea dari pemerhatian;
·         Memilih idea terbaik daripada  banyak idea;
·         Menambahbaik idea yang dipilih (inovasi);
·         Menilai idea secara kritis dalam konteks;
·         Melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit;
·         Menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat dan persekitaran; dan
·         Meneruskan peningkatan kualiti idea.

Mengikut Elemen Keusahawan 4, murid didorong menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi  dan vokasional. Seorang murid yang telah mempelajari sesuatu teknik dalam pembelajarannya boleh mereka cipta dan menghasilkan produk yang berdaya saing berasaskan pengetahuan teknologi dan vokasional mengikut kreativitinya. Asas pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional boleh digunakan dalam:
·         Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta teknologi dan vokasional;
·         Menghasilkan produk yang sama dengan menggunakan teknologi yang berlainan;
·         Menghasilkan produk menggunakan sumber yang pelbagai/ sumber alternatif/ sumber kitar semula.
Pedagogi penerapan elemen ini  melibatkan murid mempraktikkan langkah-langkah dalam reka bentuk (design) yang menggabungkan pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional yang diajar oleh guru untuk menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan. Contohnya kereta api, kapal terbang dan kereta perisai.
Penerapan elemen kreativiti dan inovasi dalam KSSR bertujuan untuk murid mengamalkan kreativiti dan inovasi melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka. Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai penghasilan idea. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh berupa idea mudah atau kompleks. Inovasi pula ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala inovasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan dan sekiranya idea yang dihasilakn tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata.
Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk melahirkan model insan yang kreatif dan inovatif. Individu yang kreatif dan inovatif berupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipata yang berkualiti agar menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan mereka. Kereta api, kapal terbang dan kereta perisai yang dicipta semakin canggih melalui proses inovasi.

f) Penilaian
            Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dijalankan secara menyeluruh. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru. Antara kaedah penilaian ialah pemerhatian, lisan, senarai semak, penilaian hasil kerja dan pentaksiran.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Kekuatan
1.    Sebelum murid-murid membaca petikan, guru akan membaca petikan terlebih dahulu. Murid-murid mendengar dengan teliti. Dengan itu, murid-muird dapat belajar sebutan dan intonasi yang betul daripada guru. Selepas itu, murid-murid baru membaca petikan. Di akhir pembelajaran, murid-murid boleh membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Murid-murid juga dapat membaca petikan dengan lancar dalam kumpulan dan kelas.
2.    Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ini agak menarik.  Guru dapat  menggunakan Microsoft Power Point untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Microsoft Power Point dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.  Dengan itu,  pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat  kerana murid-murid didedahkan dengan gambar dan persembahan menarik ini mudah untuk difahami. Bahan bantu belajar yang digunakan ini dapat menarik perhatian murid-murid. Justerus itu, murid-murid tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan.       

Kelemahan
1.    Bagi set induksi, guru menayangkan gambar-gambar tentang teknik-teknik membajak sawah dari waktu ke waktu. Gambar-gambar tentang teknik-teknik membajak sawah yang ditayangkan itu tidak memberi gambaran sebenar kepada murid-murid.
2.    Adakah guru dapat menguji kemahiran membaca bagi setiap murid dalam pengajaran dan pembelajaran ini? Guru tidak dapat menguji kemahiran membaca setiap murid. Guru hanya meminta murid-murid membaca petikan dalam kumpulan dan kelas.
3.    Guru tidak membetulkan kesilapan sebutan dan intonasi murid-murid dengan segera. Murid-murid tidak sedar akan kesilapan sebutan dan intonasi yang dilakukan.
4.    Pengajaran dan pembelajaran diakhiri dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penutupan  pengajaran dan pembelajaran ini agak membosankan murid-murid.
5.    Didapati sebilangan kecil murid-murid di belakang membuat bising. Beberapa soalan berlegar dalam minda saya, iaitu
Adakah murid-murid ini berasa bosan dengan pengajaran saya?
Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?

Cadangan-cadangan

1.    Kelemahan pertama ialah guru menayangkan gambar-gambar tentang teknik-teknik membajak sawah bagi set induksi. Gambar-gambar tentang teknik-teknik membajak sawah yang ditayangkan itu tidak memberi gambaran sebenar kepada murid-murid. Dengan itu, guru boleh  menayang video mengenai teknik-teknik membajak sawah bagi menyampaikan set induksi pengajaran dan pembelajaran. Video yang akan ditayangkan itu boleh didapati di internet, iaitu youtube. Dengan itu, murid-murid dapat mengetahui gambaran sebenar  tentang teknik-teknik membajak sawah. Ini  dapat menarik minat murid-murid untuk pembelajaran seterusnya. Secara tidak langsung, ia  akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
2.    Kelemahan kedua ialah guru tidak dapat menguji kemahiran membaca setiap murid. Guru hanya meminta murid-murid membaca petikan dalam kumpulan dan kelas. Untuk mengatasi kelemahan ini, guru boleh melatih dua orang ketua kumpulan untuk menguji kemahiran membaca setiap ahli kumpulan. Ketua kumpulan yang dipilih mestilah dilatih terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Selepas bacaan petikan bersama-sama dalam kelas, semua ketua kumpulan akan menguji kemahiran membaca bagi ahli kumpulan masing-masing. Semua ketua kumpulan akan mencatatkan murid yang dapat menguasai kemahiran membaca dan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dalam sekeping kertas. Selepas itu, semua ketua kumpulan akan melaporkan keputusan kepada guru. Dengan itu, guru akan mengetahui bilangan murid yang dapat menguasai kemahiran membaca dan bilangan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Guru akan mengadakan aktiviti pemulihan kepada murid-murid yang tidak menguasai kemahiran membaca.
3.    Kelemahan ketiga ialah guru tidak membetulkan kesilapan sebutan dan intonasi murid-murid dengan segera. Murid-murid tidak sedar akan kesilapan sebutan dan intonasi yang dilakukan. Untuk mengatasi kelemahan ini, guru perlu memberi tunjuk ajar terhadap kesilapan sebutan dan intonasi yang dilakukan oleh murid-murid dengan segera. Selepas itu, murid-murid akan membaca semula bagi membetulkan kesilapan yang dilakukan itu. Sebagai seorang guru, kita tidak boleh membiarkan kesilapan itu berterusan. Kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid mestilah ditegur dan dibetulkan dengan segera dari semasa ke semasa. Dengan itu, murid-murid dapat membetulkan kesilapan mereka dengan segera dan tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.
4.    Kelemahan keempat ialah pengajaran dan pembelajaran diakhiri dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penutupan  pengajaran dan pembelajaran ini agak membosankan murid-murid. Selepas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), guru dan murid-murid boleh menyanyikan lagu bersama-sama. Dengan ini, pembelajaran menjadi lebih bermakna dan membantu murid-murid mengingati pelajaran yang baru dipelajari. Guru boleh menggunakan cara ini untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka.   
5.     Kelemahan kelima ialah sebilangan kecil murid-murid di belakang membuat bising. Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising, saya akan menyusun semula kedudukan murid-murid di dalam kelas, iaitu membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbeza. Saya akan memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan kepada mereka secara berterusan. Selain itu, saya akan selalu memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan oleh murid-murid kumpulan ini.
Berdasarkan kefahaman tentang aplikasi komponen pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan EMK dalam proses pengajaran & pembelajaran, kita dapat membangunkan modal insan yang kreativiti dan inovatif, berilmu, berakhlak mulia, hidup bermasyarakat, beretika dan berbudaya, berdaya tahan, bersemangat patriotik, berfikiran kreatif dan kritis, menghargai alam sekitar, celik teknologi maklumat serta berkemahiran dan berketrampilan.
Melalui kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menaakul), murid dapat menjana dan menyampai idea kreatif secara lisan, bahasa isyarat dan tulisan serta mengaplikasi pengalaman bahasa dan sastera untuk membuat perkaitan yang baharu antara idea, pengalaman, teks dan perkataan.  Dengan itu, generasi kita akan dapat menghasilkan pelbai bentuk penulisan. Mereka mempu mempersembahkan idea yang kreatif melalui pelbagai seni bahasa seperti bercerita, lakonan, puisi dan nyanyian. Mereka juga akan menggunakan pendekatan kreatif untuk mensintesis idea, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Generasi kita  mempunyai kemampuan inovatif produk. Mereka akan lebih berorientasi kepada tindakan untuk berinovatif, iaitu menghasilkan  produk dengan penuh inovatif dengan proses secara sederhana dan dapat dipahami serta dikerjakan. Mereka akan lebih menghargai karyawan yang memiliki gagasan inovatif.
Menaakul adalah kemahiran pemikiran aras tinggi dalam memahami sebab dan akibat. Kemahiran menaakul juga dikategorikan dalam kebolehan menganalisis. Kemahiran ini sangat penting dalam kehidupan seharian generasi kita untuk membaca situasi yang berlaku di sekeliling kita agar tidak mudah tertipu dan bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan dalam masyarakat.
Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR), murid-murid mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Mereka boleh mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah . Dengan itu, mereka boleh menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.  Kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit dapat diatasi. Mereka lebih bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, mempunyai keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik. Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis ialah membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan,  menerangkan sebab, membuat sekuen / urutan, menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan dan mengusul periksa andaian serta membuat inferens. Contoh kemahiran berfikir secara kreatif ialah mencipta analogi, menjana dan menghasilkan idea baru  dan mencipta metafora.
Generasi yang mempunyai kecerdasan dan kebolehan akan  mempunyai amalan dan budaya dalam kehidupan. Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, keusahawanan intrapersonal dan naturalis. Penyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standard Pembelajaran Konstruktivisme sekolah rendah bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kehidupan. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kita dapat melahirkan murid yang berkeupayaan. Penyerapan elemen ini bukan sahaja merupakan pendekatan pemahaman dan pengetahuan keusahawanan, malah melibatkan proses berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini membentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan seperti yakin, mempuyai pemikiran keusahawanan dan kemahiran pengurusan perniagaan sepanjang hayat mereka.
Melalui KSSR, kita dapat melahirkan generasi baru yang berilmu pengetahuan. Generasi baru kita boleh mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Pelbagai usaha dilakukan untuk membina insan yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Ciri-ciri generasi baru yang berilmu ialah:
-Mencintai ilmu pengetahuan,
-Gemar membaca dan menimba ilmu,
-Sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan,
-Bersedia untuk diajar dan belajar,
-Berfikiran luas, terbuka, kritis dan matang,
-Berusaha mengamal dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada,
-Sentiasa menggalakkan orang lain menambah ilmu pengetahuan, dan
-Menggunakan ilmu pengetahuan untuk manfaat diri dan orang lain.

Generasi baru yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara. Mereka bukan sahaja mampu melaksanakan tugas dalam jangka masa yang singkat tetapi juga dengan cekap dan sempurna. Generasi baru yang berketerampilan dapat dilahirkan melalui KSSR. Dalam Kamus Dewan mencatatkan maksud terampil sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah, mampu dan cekatan. Manakala maksud keterampilan ialah kecekapan dan kemampuan yang tinggi. Oleh sebab itu, generasi baru yang berketerampilan adalah merujuk kepada mereka yang mempunyai kecekapan dan kebolehan tinggi melaksanakan tanggungjawab dan tugas. Antara ciri-ciri generasi baru yang berketerampilan ialah:
-Mempunyai kelayakan dan kebolehan yang sepadan dengan jawatan dan tugas,
-Mempunyai pengetahuan luas untuk melaksanakan sesuatu tugas,
-Dapat melaksanakan tugas dengan cepat, cekap, dan sempurna, dan
-Hasil kerjanya memuaskan pengguna dan pelanggan.

Generasi baru kita lebih berakhlak mulia. Akhlak atau moral sangat penting bagi setiap individu. Walaupun perlakuan berakhlak tidak boleh diwarisi, namun amalan akhlak boleh dipelajari dan diamalkan. Orang yang berakhlak akan dipandang mulia dan dihormati. KSSR akan melahirkan generasi baru yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin, bersepadu dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Antara ciri-ciri generasi baru yang berakhlak mulia ialah:
-Mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai murni, tatasusila dan adab,
-Mempunyai kesedaran tinggi terhadap perbuatan baik dan perbuatan buruk, dan
-Sentiasa mengamal dan mengutamakan nilai-nilai murni, tatasusila dan beradab
dalam setiap perlakuan.

Masyarakat juga mempunyai kepercayaan dan keyakinan tinggi apabila berurusan dengan individu yang bertanggungjawab.Generasi baru mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap tuhan, bangsa dan negara dapat melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Antara ciri-ciri generasi baru yang bertanggungjawab ialah:
-Menyedari dan faham bahawa setiap tugas adalah amanah,
-Menyedari dan faham bahawa setiap tugas perlu dilaksanakan dengan cekap, cepat dan sempurna,
-Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti mutu kerja,
-Sentiasa berusaha meningkatkan kuantiti pengeluaran,
-Sentiasa mematuhi peraturan, undang-undang, adab dan adat bangsa, dan
-Berusaha memajukan diri, keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Generasi baru kita mempunyai keupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri. Kesejahteraan diri meliputi kesejahteraan fizikal dan mental. Sihat fizikal ditandai keceriaan dan kelincahan diri, manakala sihat mental meliputi pemikiran dan perlakuan yang harmonis. Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh,  generasi baru akan memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Antara ciri-ciri generasi baru yang kesejahteraan diri ialah:
      -Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat,
-Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi sebarang cabaran,
-Sentiasa mewujudkan perhubungan yang harmonis dengan orang lain,
-Matang bertindak dalam apa jua situasi, dan
-Berkelakuan tenang dan tidak terburu-buru.

Dengan itu, kita dapat melahirkan generasi baru yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Setiap rakyat dituntut memberi sumbangan ikhlas ke arah keharmonian, kemakmuran dan pembinaan masyarakat dan negara. Masyarakat Melayu menganggap sumbangan, material dan nonmaterial, sebagai jasa atau budi. Orang berjasa atau orang berbudi dipandang tinggi dan dihormati. Melalui latihan, generasi baru akan menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Antara ciri-ciri generasi baru yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ialah:
-Sentiasa berusaha memupuk perpaduan rakyat melalui pelbagai aktiviti sihat,
-Sentiasa berusaha memajukan membangunkan diri, masyarakat, agama, bangsa
 dan negara,
-Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang, dan
-Sentiasa patuh pada prinsip dan Rukun Negara, dll.

Secara tidak langsung, keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara dapat dicapai. Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan dalam semua bidang kehidupan dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara.

Rumusan
Berasaskan maklumat di atas, kita dapati kerajaan bersungguh-sungguh memajukan rakyat dan negara. Usaha melaksanakan kemajuan itu digerakkan melalui pelbagai dasar dan perancangan, termasuklah melalui pembinaan falsafah pendidikan dan kurikulum pembelajaran di sekolah. Usaha itu digerakkan seawal usia dan dalam pelbagai bidang yang bersesuaian dengan kebolehan diri masing-masing. Langkah itu adalah sesuai, bak kata pepatah Cina, perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama. Maksud langkah pertama, dalam konteks ini, ialah memajukan insan seawal usia melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.